Kanak-kanak hanya makan roti dan yogurt setiap hari selama 10 tahun - Utusan Malaysia

Kanak-kanak hanya makan roti dan yogurt setiap hari selama 10 tahun

IBU bapa Ashton berusaha bermacam-macam cara untuk mengubah selera makan anaknya. - CATERSNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NORWICH: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun hanya mahu makan roti dan yogurt sepanjang 10 tahun kerana fobia terhadap makanan. 

Ashton yang tinggal di Norfolk disahkan menghidap Gangguan Penyekat Pengambilan Makanan (ARFID) oleh pakar psikologi yang menjalankan ujian selama 90 minit terhadap kanak-kanak itu, lapor Mirror. 

Situasi itu menyebabkan ibu dan bapanya tidak pernah mengadakan makan malam sempena perayaan Krismas kerana anak mereka tidak boleh menghidu bau makanan selain roti dan yogurt. 

Cara, 49 dan suaminya, James, 52, berusaha bermacam-macam perkara untuk mengubah selera makan anaknya, namun, tidak pernah berjaya. 

“Dia hanya mahu yoghurt perisa strawberi dan pisang serta roti putih jenama Warburtons.

“Kami sangat bimbang kerana dia tidak mendapat nutrien yang diperlukan,” luah Cara. 

Cara berkata, anaknya juga sering berasa tersisih kerana tidak akan makan di sekolah atau sebarang pesta dianjurkan akibat masalah tersebut. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya