Julai 2021, bulan paling panas dunia - Utusan Malaysia

Julai 2021, bulan paling panas dunia

PELANCONG sedang berjalan di sekitar bandar semasa gelombang panas di Athens pada bulan lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah agensi penyelidikan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan suhu pada bulan Julai tahun ini adalah paling panas pernah direkodkan di seluruh dunia.

Penemuan itu berdasarkan data kajian terkini yang menyuarakan kebimbangan mengenai krisis iklim.

“Biasanya, Julai adalah bulan paling panas di seluruh dunia namun suhu pada Julai 2021 merupakan paling tinggi yang pernah dicatatkan.

“Rekod baharu ini menambah kebimbangan mengenai kesan perubahan iklim kepada bumi,” kata Pentadbir bagi Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), Rick Spinrad.

Spinrad berkata demikian menerusi kenyataan yang memetik data dari Pusat Kebangsaan bagi Maklumat Alam Sekitar (NCEI).

Jelas NOAA, gabungan suhu di darat dan permukaan laut adalah sebanyak 0.93 darjah Celsius, melebihi tahap purata suhu abad ke-20 yang mencatatkan 15.7 darjah Celsius, sekali gus menjadikannya bulan Julai paling panas sejak direkodkan 142 tahun lalu.

Suhu pada bulan itu adalah 0.02 darjah Fahrenheit iaitu lebih tinggi berbanding rekod sebelum ini yang dilaporkan pada Julai 2016 serta dicatatkan sekali lagi pada 2019 dan 2020.

Bagaimanapun, berdasarkan data dikeluarkan oleh Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah, bulan lalu merupakan bulan Julai ketiga paling panas dalam rekod di peringkat global.

Menurut seorang saintis di Institut Breakthrough, Zeke Hausfather, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi agensi mempunyai perbezaan kecil dalam data. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya