Jerman beri dos ketiga vaksin Covid-19 kepada golongan berisiko September ini - Utusan Malaysia

Jerman beri dos ketiga vaksin Covid-19 kepada golongan berisiko September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini menggesa semua negara kaya menghentikan dahulu cadangan pemberian dos vaksin tambahan Covid-19 sekurang-kurangnya sehingga penghujung September ini.

Hal ini bagi mengelakkan bekalan dos vaksin teru dimonopoli negara maju dan menjejaskan keperluan di negara miskin.

Namun, Jerman menolak gesaan WHO tersebut kerana memaklumkan negara ini sudah menyumbang sekurang-kurangnya 30 juta dos vaksin kepada negara memerlukan.

Kementerian Kesihatan Jerman menegaskan, pihaknya mahu memberi perlindungan kepada golongan berisiko menerusi dos tambahan dan pada masa yang sama, turut menyokong program vaksinasi di seluruh dunia.

Jerman setakat ini sudah memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 kepada 62 peratus populasinya dengan hampir 54 peratus lagi sudah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, negara ini bercadang untuk memberikan dos ketiga kepada golongan berisiko pada bulan depan.

Antara yang menjadi golongan berisiko termasuk warga emas dan penghuni rumah kebajikan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya