Jemaah antarabangsa gembira dapat tunai umrah - Utusan Malaysia

Jemaah antarabangsa gembira dapat tunai umrah

ANGGOTA keselamatan Arab Saudi memegang payung semasa umat Islam menunaikan ibadah Umrah di Masjidil Haram di Mekah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Jemaah umrah dari negara luar menzahirkan kegembiraan kerana dibenarkan menunaikan ibadah itu selepas ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Lapor Arab News, kumpulan pertama jemaah yang sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya tiba di Arab Saudi 15 Ogos lalu selepas sekatan sementara ditarik balik.

Seorang jemaah dari Amerika Syarikat (AS), Ishfaq Iqbal berkata, usaha Arab Saudi memberikan layanan kepada jemaah dan pengunjung sangat cemerlang dan perkembangan luar biasa dapat dilihat.

Bagi jemaah dari Algeria, Abdul Majid Al-Jazaaeri, dia memuji kerajaan Arab Saudi berhubung perkhidmatan mengendalikan umrah kepada jemaah dari negara luar.

Dia teruja melihat petugas menawarkan bantuan kepada golongan warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan untuk bergerak.

Jemaah umrah dari negara luar perlu membawa sijil vaksinasi dari negara mereka yang sudah mendapat pengesahan serta menyatakan penerimaan suntikan dos vaksin yang diiktiraf oleh Arab Saudi.

Dalam pada itu, sebanyak 4,000 payung diedarkan kepada jemaah dan petugas di Masjidil Haram supaya dapat melindungi mereka daripada panas terik dan haba.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN