Jangkitan Covid-19 di Palestin 'semakin buruk' - Utusan Malaysia

Jangkitan Covid-19 di Palestin ‘semakin buruk’

PETUGAS Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengambil suhu kanak-kanak Palestin yang menerima suntikan vaksin Sputnik V di kem pelarian Rafah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Pegawai kesihatan Palestin memberi amaran situasi epidemiologi akibat penularan Covid-19 di Palestin ‘semakin buruk’.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Hospital Palestin di Kementerian Kesihatan, Naji Nazzal dalam kenyataannya berkata, keadaan kian parah setelah jumlah pesakit yang memerlukan rawatan di hospital semakin meningkat.

“Sejak beberapa minggu lalu, jumlah kes telah menunjukkan trend penurunan tetapi kes kembali meningkat selepas varian Delta dikesan di Palestin,” katanya. 

Oleh itu, Kementerian Kesihatan bersiap siaga dengan membuka pusat perubatan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Naji turut menggesa rakyat Palestin di kawasan terjejas supaya segera mendapatkan suntikan vaksin.

Seorang pegawai Palestin berkata, 70 peratus kes jangkitan Covid-19 di Palestin disebabkan oleh varian Delta.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat Covid-19 di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan 753 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam.

Seramai 667,894 rakyat di kawasan berkenaan telah menerima suntikan vaksin, termasuk 432,731 sudah lengkap dua dos.

Di Semenanjung Gaza pula, hanya 10 peratus penduduk sudah menerima vaksin masing-masing.

“Sekurang-kurangnya 1.5 juta daripada dua juta penduduk di Semenanjung Gaza perlu divaksin untuk memastikan mereka dilindungi daripada varian Delta,” kata pengarah kawalan jangkitan Kementerian Kesihatan Gaza, Rami al-Abadla.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN