Jakarta berada di kedudukan pertama perancangan bandar terburuk di dunia - Utusan Malaysia

Jakarta berada di kedudukan pertama perancangan bandar terburuk di dunia

KOTA Jakarta berada di tangga pertama perancangan bandar terburuk di dunia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Platform seni bina Rethingking The Future melaporkan 10 kota di dunia yang memiliki perancangan bandar terburuk.

Detik melaporkan, hal itu salah satunya kerana ‘cacatnya’ perencanaan infrastuktur.

Daripada 10 daftar negara yang memiliki perancangan bandar terburuk, Jakarta berada di kedudukan pertama.

1. Jakarta, Indonesia – Ibu kota Indonesia yang sangat padat, Jakarta dikatakan sebagai lokasi dengan reka bentuk terburuk di dunia. Ini termasuk ruang hijau dilihat kurang, kesesakan lalu lintas yang ekstrem dan perluasan kota yang tidak terancang. Kesesakan lalu lintas di Jakarta, salah satunya kerana pembangunan infrastruktur.

2. Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) – Tidak seperti Jakarta yang berdepan kekurangan sebahagian besar kemudahan, Dubai hampir semua hal dibuat tanpa memperhatikan apa yang diambil kira orang awam. Dubai disebut kota terburuk kerana pelbagai kemudahan dan bangunan-bangunan tinggi dibangunkan tanpa mempertimbangkan dimensi manusia dalam reka bentuk ruang dan perancangan yang tidak mendukung pejalan kaki.

3. Brasilia, Brazil – Brasilia menghadapi masalah terlalu banyak reka bentuk dalam perancangan bandar, tetapi gagal. Perancangan ruang kotanya terinspirasi oleh reka bentuk modern, namun kota ini mendapat label ‘tiruan’ kerana kurangnya hubung kait dengan mereka yang tinggal di situ.

4. Atlanta, Amerika Syarikat (AS) – Seperti Jakarta, kota ini memiliki kesesakan lalu lintas yang sangat mengerikan. Masalahnya semakin meningkat kerana adanya laluan penyambung antara negeri, di tengah pusat kota Atlanta. Tren bawah tanah untuk mengatasi masalah kesesakan itu tidak memadai dan perlu diperluaskan.

5. Sao Paulo, Brazil – Kota ini disebut sebagai korban daripada perancangan yang tidak meluas. Wujud bahagian pusat kota yang kaya dengan pinggiran kota yang miskin. Untuk mengatasi masalah kesesakan, penduduk kaya memilih perjalanan dengan helikopter. Kota ini memiliki ‘armada’ helikopter per kapita terbesar di dunia.

6. Boston, Massachusetts, AS – Meskipun Boston tempat terindah di AS, kota ini dinilai paling sulit di dunia untuk navigasi. Ini kerana jalan-jalannya tidak dirancang dengan baik. Ciri-ciri geografinya tidak diambil kira dan projek pembangunan yang gagal, memburukkan lagi kota ini.

7. Missoula, Montana, AS – Missoula terkenal dengan keadaan ‘jalan landai’ yang aneh, satu-satunya bahagian bandar yang tidak mengikut corak biasa. Ini disebabkan oleh konflik kepentingan antara pemaju pada masa itu.

8. Naypyidaw, Myanmar – Kota ini menjadi ibu negara pada 2005. Naypyidaw berkembang enam kali gandar ukuran bandar New York. Namun, Naypyidaw seperti kota tidak berpenghuni akibat lokasinya yang terpencil. Pada saat-saat sibuk, jalan raya tetap kosong. Mereka yang tinggal di sini adalah sekelompok pekerja pejabat kerajaan.

9. New Orleans, Louisiana, AS – Ribut Katrina pada 2005 menghancurkan New Orleans. Kota ini dibangunkan di atas tanah pasir, lumpur dan tanah liat. New Orleans memiliki perancangan jalan raya yang buruk sehingga menambah parah kesesakan lalu lintas.

10. Dhaka, Bangladesh – Dhaka adalah contoh klasik proses urbanisasi yang salah kerana kemudahan pengangkutan tidak diselitkan dan membuatkan waktu perjalanan sangat lama. Lingkungan kota yang paling tidak baik disebut ada di Dhaka kerana sanitasi dan kebersihan yang teruk, hingga menurunkan kualiti hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya