Israel tawar dos penggalak kepada golongan 12 tahun dan ke atas - Utusan Malaysia

Israel tawar dos penggalak kepada golongan 12 tahun dan ke atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel mula menawarkan suntikan dos penggalak kepada golongan dewasa dan kanak-kanak semuda 12 tahun.

Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menyatakan kempen yang bermula sebulan lalu dalam kalangan warga emas berjaya menurunkan kes jangkitan teruk disebabkan varian Delta.

Lapor Al Jazeera, pegawai kesihatan Israel memaklumkan keberkesanan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech dilihat berkurangan selepas enam bulan menerima suntikan tersebut.

Justeru, jelasnya, pemberian dos penggalak amat perlu untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya.

“Suntikan ketiga ini memberikan tahap perlindungan yang dicapai oleh dos kedua.

“Ini bermakna, individu mendapat perlindungan 10 kali ganda selepas pengambilan dos ketiga,” kata Ketua Jabatan Kesihatan Israel, Sharon Alroy-Preis.

Jelasnya, dos penggalak akan diberikan kepada individu yang layak, dengan syarat sekurang-kurangnya selepas lima bulan menerima suntikan kedua vaksin.

Bulan lalu, Israel mula memberi suntikan penggalak kepada individu berusia 60 tahun ke atas dengan harapan untuk membendung penularan varian Delta.

Setakat ini, dua juta daripada jumlah 9.3 juta penduduk Isreal sudah menerima suntikan ketiga vaksin Covid-19.

“Kami dapat melihat hasilnya, kes jangkitan teruk mula menurun. Namun, kita harus melengkapkan suntikan ketiga untuk semua penduduk.

“Justeru, saya menggesa mereka yang berumur 12 tahun dan ke atas untuk mendapatkan dos penggalak,” kata Bennett. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN