Ireland Utara masukkan tujuh destinasi baharu dalam senarai hijau perjalanan - Utusan Malaysia

Ireland Utara masukkan tujuh destinasi baharu dalam senarai hijau perjalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELFAST: Sebanyak tujuh lagi destinasi baharu telah dimasukkan dalam senarai hijau perjalanan Ireland Utara.

Lapor BBC, destinasi terdiri daripada Azores, Kanada, Denmark, Finland, Liechtenstein, Lithuania dan Switzerland dimasukkan dalam senarai hijau bermula 4 pagi (waktu tempatan) hari ini.

“Susulan itu, mana-mana individu dari destinasi tersebut yang melakukan perjalanan ke Ireland Utara tidak perlu menjalani kuarantin.

“Bagaimanapun, mereka harus memenuhi kriteria-kriteria lain,” jelas laporan tersebut.

Antara kriterian lain, pengunjung dari negara senarai hijau harus mengemukakan bukti ujian saringan Covid-19 negatif yang dilakukan tiga hari sebelum berlepas.

Sementara itu, Montenegro dan Thailand pula dimasukkan dalam senarai merah perjalanan.

Setakat ini, tiada perubahan pada senarai tersebut.

“Pengunjung yang tiba dari negara senarai merah mesti mengemukakan ujian saringan Covid-19 negatif yang diambil tiga hari sebelum berlepas.

“Mereka juga harus melengkapkan borang lokasi penumpang United Kingdom (UK) dalam masa 48 jam dari waktu berlepas,” jelas laporan itu.

Pengunjung kemudian perlu menempah dan menjalani kuarantin di hotel selama 10 hari selepas tiba di negara ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN