Ingatkan sudah mati, rupanya tertidur - Utusan Malaysia

Ingatkan sudah mati, rupanya tertidur

ANGGOTA paramedik memeriksa keadaan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan motosikal di Si Racha, Bangkok, Thailand. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pasukan paramedik yang dikerahkan ke satu lokasi kemalangan bagi memeriksa mayat penunggang motosikal yang maut dalam insiden terkejut selepas mendapati mangsa sebenarnya masih hidup.

Dalam insiden yang berlaku di daerah Si Racha di sini, pasukan paramedik dihubungi selepas seorang lelaki dipercayai terkorban selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.

Selepas tiba di lokasi kejadian, anggota paramedik terus memeriksa ‘mayat mangsa’, namun mereka terkejut apabila mangsa tiba-tiba bangun.

Setelah diperiksa, mangsa rupa-rupanya tertidur akibat terlalu mabuk selepas kemalangan tersebut.

Menurut saksi, mangsa yang berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menunggang motosikal dalam keadaan tidak terkawal sebelum terjatuh.

Berdasarkan keadaannya, orang ramai menyangka lelaki itu sudah mati dan mereka menghubungi paramedik.

Jelas lelaki tersebut, dia terlalu mabuk sehingga tidak mampu untuk bangun selepas kemalangan, malah tertidur selain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya