India berdepan gelombang baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

India berdepan gelombang baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Baru beberapa bulan sejak India berdepan dengan gelombang jangkitan Covid-19 terburuk, negara ini sekali lagi merekodkan peningkatan kes.

Sebanyak 45,083 kes jangkitan baharu dan 460 kematian direkodkan semalam dengan peningkatan berlaku di negeri Kerala di selatan India.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini sebanyak 32.7 juta dengan 437,830 kematian.

Di Kerala, kes jangkitan mendadak naik berikutan satu festival diadakan, menyaksikan 31,265 kes pada Sabtu, sekali gus menyumbang hampir 70 peratus kes jangkitan baharu di negara inni.

Sehubungan itu, pihak berkuasa Kerala membuat keputusan untuk melaksanakan perintah berkurung di beberapa kawasan yang terjejas teruk bagi mengekang penularan bermula hari ini.

Perintah berkurung itu akan dilakukan dari pukul 10 malam sehingga 6 pagi, selain penduduk tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada urusan penting. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya