Hujan lebat di Venezuela, 13 orang maut - Utusan Malaysia

Hujan lebat di Venezuela, 13 orang maut

GAMBAR dikongsi di laman media sosial menunjukkan arus air deras menghanyutkan kenderaan di jalan raya di Tovar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Sekurang-kurangnya 13 orang maut selepas hujan lebat mencetuskan banjir lumpur dan runtuhan batu di Andes, Venezuela.

Hujan lebat selama beberapa jam di lembah Mocoties menyebabkan runtuhan batu besar ke kaki gunung sehingga menghalang jalan.

Menurut Gabenor Merida, Ramon Guevara, seramai 11 orang meninggal dunia di kampung Tovar dan dua kanak-kanak maut di Pinto Salinas.

Beberapa gambar yang dikongsi di laman media sosial menunjukkan arus air deras menghanyutkan kenderaan di jalan raya di Tovar.

Gambar lain pula memaparkan beberapa kereta tersangkut dalam lumpur atau akar pokok yang dikelilingi sampah dan ketulan batu.

Jelas Guevara, air sungai Mocoties melimpahi tebing sekali gus membanjiri Tovar.

Katanya, bekalan elektrik dan talian telefon terputus di Tovar.

Malah, katanya, jalan masuk menuju ke pekan itu juga terhalang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN