NEW DELHI: Seorang lelaki dari India secara tidak rasmi mencipta rekod dunia baharu selepas berjaya mengimbangi kayu hoki dengan hanya menggunakan satu jari selama 3 jam 35 minit.
Lapor portal UPI, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Raj Gopal Bhoi, berasal dari kampung Jamutjhula di daerah Balangir, Odisha.
Raj mengimbangi kayu hoki tersebut dengan menggunakan jari telunjuk tangan kanannya.
Lelaki itu melakukan aksi tersebut dihadapan orang ramai termasuk Satyapira Padhan yang merupakan seorang pemegang Rekod Dunia Guinness bagi kategori lain.
Raj mahu memecahkan rekod semasa yang dicatatkan oleh Himanshu Gupta iaitu 2 jam 22 minit 22 saat pada tahun 2017.
Rakaman video yang memaparkan aksi Raj melakukan percubaan itu dan kenyataan daripada beberapa saksi sudah diserahkan kepada Rekod Dunia Guinness untuk kelulusan. – AGENSI










