Gempa bumi kuat 7.1 magnitud landa Filipina - Utusan Malaysia

Gempa bumi kuat 7.1 magnitud landa Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda Filipina pada hari ini, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Amaran awal risiko tsunami ditarik semula selepas beberapa jam dan tiada laporan kematian atau kerosakan dikeluarkan akibat gempa bumi itu.

Menurut USGC, gempa itu dikesan pada kedalaman 65.6 kilometer (km), berpusat di Laut Filipina di tenggara bandar Davao.

Setakat ini, Agensi Pengurusan Bencana Nasional Filipina belum menerima laporan kematian, kecederaan atau kerosakan besar, kata Pentadbir, Ricardo Jalad.

Terdahulu, agensi seismologi Filipina memberi amaran mengenai risiko kerosakan, gempa susulan dan tsunami namun ia ditarik semula selepas data menunjukkan tiada ancaman tsunami.

Filipina yang terletak dalam lingkungan Lingkaran Api Pasifik itu sering dilanda gempa bumi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN