KUPANG: Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) melaporkan gempa bumi dengan kekuatan 5.4 skala Richter yang melanda Timur Tengah Utara, Nusa Tenggara Timur, 12.45 pagi tadi.
Ketua BMKG Kupang, Margiono berkata, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 76 kilometer yang tidak menyebabkan ancaman Tsunami, lapor Kompas.com.
Katanya, gegaran dapat dirasakan dari Timur Tengah Utara sehingga Alor.
Sehinggi kini, jelasnya, tiada sebarang laporan kerosakan yang timbul akibat gempa bumi tersebut.










