Gaza bakal dilanda gelombang ketiga Covid-19 - Utusan Malaysia

Gaza bakal dilanda gelombang ketiga Covid-19

PENDUDUK Palestin menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi sementara di masjid bandar Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Pegawai kesihatan Palestin menegaskan Semenanjung Gaza berisiko dilanda gelombang ketiga Covid-19 tidak lama lagi.

Lapor Xinhua, Ketua jabatan menangani Covid-19 di hospital Eropah, Mahmoud al-Sheikh berkata, jumlah pesakit dijangkiti wabak itu yang dimasukkan ke hospital semakin meningkat.

Katanya, gelombang baharu Covid-19 dijangka melanda pada akhir bulan ini.

“Ia akan mencapai kemuncak antara Oktober dan November,” katanya.

Sementara itu, penasihat kepada Menteri Kesihatan Palestin, Fathi Abu Warda memberi amaran gelombang baharu mungkin tercetus di tengah-tengah lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini.

“Kementerian Kesihatan bimbang dengan penularan gelombang baharu ini di Semenanjung Gaza,” katanya.

Tambah beliau, krisis kesihatan di Gaza semakin buruk berikutan kekurangan bekalan perubatan disebabkan sekatan dikenakan oleh Israel selama 15 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.