Filipina kerah 25,000 anggota keselamatan semasa perintah berkurung - Utusan Malaysia

Filipina kerah 25,000 anggota keselamatan semasa perintah berkurung

PENUNGGANG motosikal dari wilayah Rizal semasa melalui sekatan di kawasan sempadan bandar Quezon, Filipina. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seramai 25,000 pasukan keselamatan dikerahkan ke semua sekatan jalan raya di bandar ini semasa pelaksanaan ketat perintah berkurung selama dua minggu. 

Ketua Polis Negara, Guillermo Eleazar berkata, anggota keselamatan turut dikerahkan mengawal pusat kuarantin dan kawasan vaksinasi bagi mengelakkan sebarang pergerakan tidak penting.

“Kami tidak akan menangkap sesiapa dan individu yang melanggar peraturan akan dikenakan saman dan dihantar balik ke rumah,” katanya. 

Kawasan ibu negara dan empat wilayah berdekatan iaitu Bulacan, Rizal, Laguna dan Cavite yang mempunyai populasi penduduk seramai 25 juta orang menjalani perintah berkurung sehingga 20 Ogos depan bagi mengelakkan jangkitan varian Delta dalam kalangan masyarakat. 

Hanya pekerja dalam sektor penting yang diberi kebenaran, petugas perubatan, pembeli barang makanan dan individu yang menerima suntikan vaksin dibenarkan keluar rumah.

Pihak polis turut mengawal pintu sempadan dan perintah berkurung dilaksanakan bermula dari pukul 8 malam hingga 4 pagi. 

Filipina merekodkan sebanyak 10,623 kes Covid-19 Jumaat lalu sekali gus menyaksikan kes harian paling tinggi selama tempoh empat bulan. 

Jumlah kes keseluruhan adalah sebanyak 1.6 juta dengan hampir 29,000 kes kematian akibat Covid-19. 

Filipina sekarang merekodkan negara kedua tertinggi kes jangkitan dan kematian akibat pandemik itu di Asia Tenggara. -AGENSI 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya