Enggan layan tuntutan protes, PM Australia pertahan perintah berkurung - Utusan Malaysia

Enggan layan tuntutan protes, PM Australia pertahan perintah berkurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mempertahankan strategi negara itu melaksanakan perintah berkurung sehingga 70 peratus populasi menerima suntikan vaksin sepenuhnya.

Kerajaan Persekutuan mengumumkan akhir bulan lalu, mengenai rancangan mengadakan lebih banyak sekatan sebagai strategi utama mengatasi wabak dan sempadan negara itu akan dibuka secara beransur-ansur apabila jumlah vaksinasi mencapai tahap 80 peratus.

“Saya tahu kita tidak boleh hidup berkurung selama-lamanya, tetapi dalam masa sama anda perlu tukar gear sehingga 70 peratus komuniti divaksin sepenuhnya,” jelasnya.

Victoria dikenakan perintah berkurung kali keenam sejak pandemik bermula dan merekodkan sebanyak 65 kes baharu hari ini.

Australia semalam menyaksikan bilangan jangkitan Covid-19 yang semakin teruk dengan New South Wales dan Victoria diancam penularan varian Delta yang semakin membimbangkan.

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan hanya 30 peratus individu berusia lebih 16 tahun sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya akibat kekurangan suntikan Pfizer dan masih ramai yang ragu-ragu terhadap vaksin AstraZeneca.

Semalam, polis Australia menahan ratusan individu yang mengadakan demonstrasi anti perintah berkurung di Sydney dan Melbourne.-REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN