Doktor Nigeria lancar protes, gaji bayar lewat - Utusan Malaysia

Doktor Nigeria lancar protes, gaji bayar lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Golongan doktor di Hospital Awam Nigeria mengadakan protes berhubung kelewatan pembayaran gaji dan elaun.

Ketika jangkitan Covid-19 semakin meningkat, mereka kerap mengadakan tunjuk perasaan berhubung perkhidmatan lemah yang diberikan.

Tahun lalu, mereka meninggalkan pekerjaan sebanyak tiga kali termasuk menuntut elaun merawat pesakit Covid-19.

Presiden Persatuan Kebangsaan Doktor (NARD), Okhuaihesuyi Uyilawa berkata, protes bermula awal pagi semalam disebabkan pihak kerajaan tidak memberikan sebarang maklum balas selepas notis berhubung tindakan itu dihantar.

Ditanya sama ada protes akan memberi kesan kepada kempen vaksinasi Covid-19, Uyilawa memberitahu Reuters:

“Mogok lebih teruk daripada Covid-19. Kami sudah kehilangan 19 ahli akibat Covid-19 tanpa sebarang manfaat insurans ketika bekerja,” tegasnya.

Dalam pada itu, kementerian kesihatan dalam kenyataan menjelaskan akan menyelesaikan isu itu secepat mungkin dan meminta pengarah perubatan memastikan perkhidmatan di hospital tidak terganggu.

Nigeria menyaksikan peningkatan kes Covid-19 sejak pertengahan Julai lalu apabila sebanyak 174,315 kes direkodkan dengan 2,149 kes kematian. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya