WELLINGTON: New Zealand menyenaraikan Indonesia dan Fiji sebagai negara berisiko tinggi disebabkan lonjakan kes jangkitan Covid-19 di dua negara berkenaan.
New Zealand juga mengenakan larangan perjalanan terhadap dua negara tersebut.
“Perjalanan ke New Zealand dari Indonesia dan Fiji akan dilarang kepada rakyat di negara ini.
“Ia termasuk pasangan dan anak-anak mereka serta ibu bapa tanggungan yang merupakan warga New Zealand,” kata Menteri Tindak Balas Covid-19, Chris Hipkins.
Menurut Hipkins, pengunjung lain termasuk penduduk New Zealand diwajibkan untuk menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di luar Indonesia sebelum tiba di negara ini. – REUTERS










