Covid-19: Kerajaan Thailand gagal? - Utusan Malaysia

Covid-19: Kerajaan Thailand gagal?

SEORANG penduduk melintas jalan di persimpangan Ratchaprasong di Bangkok ketika perintah berkurung dilaksanakan pada 12 Julai lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Satu tinjauan mendapati majoriti penduduk Thailand menganggap perintah berkurung separa yang dilaksanakan untuk menangani kes Covid-19 tidak berjaya.

Lapor thethaiger.com yang memetik laporan Bangkok Post, tinjauan itu dijalankan oleh Institut Pentadbiran Pembangunan Negara menerusi temu bual telefon dengan 1,312 responden antara 23 hingga 26 Ogos lalu.  

Responden berusia 18 tahun dan ke atas dari pelbagai latar belakang antaranya tahap pendidikan, kerjaya dan menetap di seluruh negara.

Ketika diminta menjawab persoalan sama ada perintah berkurung berjaya atau sebaliknya, sebanyak 65 peratus responden menyatakan ‘tidak’.    

Daripada jumlah itu, sebanyak 36 peratus responden menyifatkan perintah berkurung sebagai kegagalan sepenuhnya kerana hanya dilaksanakan di beberapa kawasan dan langkah pencegahannya tidak begitu ketat sehingga menyebabkan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Sebanyak 29 peratus responden pula menganggap perintah berkurung itu tidak terlalu berjaya kerana bukan semua penduduk yang mematuhi langkah pencegahan itu dengan sepenuhnya malah sebahagian besar orang masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sebanyak 27 peratus responden menyatakan perintah berkurung separa dilaksanakan berjaya kerana penduduk mematuhi garis panduan kerajaan yang bertujuan menangani penularan wabak.

Berdasarkan tinjauan itu, sebanyak enam peratus responden menyifatkannya kejayaan besar kerana sekatan pergerakan membantu mengurangkan kes jangkitan Covid-19 manakala tiga peratus tidak memberi sebarang maklum balas.

Berhubung persoalan sama ada perintah berkurung harus diteruskan, sebanyak 74 peratus responden menyatakan persetujuan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 26 peratus responden berkata, perintah berkurung harus diteruskan dengan langkah pencegahan yang lebih ketat untuk mengelakkan penduduk melakukan perjalanan dan berhimpun.

Sementara itu, sebanyak 24 peratus responden mahu perintah berkurung dihentikan manakala dua peratus tidak memberi sebarang maklum balas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya