Covid-19: Ambil Vitamin C berlebihan undang risiko kesihatan - Utusan Malaysia

Covid-19: Ambil Vitamin C berlebihan undang risiko kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sepanjang pandemik Covid-19, orang ramai sememangnya perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang selain ditambah dengan vitamin atau suplemen.

Vitamin dapat membantu metabolisme tertentu pada tubuh badan serta membantu membaiki sel yang rosak.

Namun, perlu diingatkan sekiranya mengambil Vitamin C berlebihan boleh mengancam kesihatan.

Hal ini berikutan, tersebar banyak maklumat yang mengaitkan jumlah pengambilan dos Vitamin c.

Ada info yang mengatakan vitamin itu perlu diambil 100 hingga 200 miligram (mg) sehari.

Pakar Kesihatan, Dr. Gia Pratama berkata, sistem pencernaan manusia memiliki kemampuan terbatas untuk menyerap Vitamin C.

“Apabila tisu badan menyerap Vitamin C kerana diambil secara berlebihan, maka akan tercerna melalui air kencing.

“Namun, pada individu yang sihat, vitamin yang berdos tinggi mungkin tidak membahayakan tubuh, asalkan tidak melebihi dos maksimum 2,000 mg sehari,” katanya. -TRIBUNNEWS

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN