Copenhagen bandar paling selamat di dunia - Utusan Malaysia

Copenhagen bandar paling selamat di dunia

PEMANDANGAN di kawasan pelabuhan bersejarah Nyhavn yang merupakan kawasan tumpuan pelancongan di Copenhagen. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENMARK: Copenhagen dinobatkan sebagai bandar paling selamat di dunia dalam kajian edisi keempat oleh Economist Intelligence Unit (EIU). 

Lapor CNBC, ibu negara Denmark itu mengatasi bekas pelopor gelaran itu seperti Tokyo, Singapura dan Osaka menerusi Indeks Bandar Selamat yang kali pertama memasukkan elemen keselamatan alam sekitar. 

Kajian itu menilai lima aspek utama iaitu digital, kesihatan, infrastruktur, keperibadian dan alam sekitar. 

Copenhagen menghuni carta teratas dengan skor 82.4 dari 100 markah.

Bandar di Eropah itu diikuti rapat oleh Toronto dengan 82.2 peratus, manakala, Singapura, Sydney dan Tokyo melengkapkan senarai lima teratas. 

Kajian melibatkan 60 bandar di dunia menerusi 76 indikator keselamatan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keselamatan global. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya