China hanya benarkan kanak-kanak main online game selama sejam - Utusan Malaysia

China hanya benarkan kanak-kanak main online game selama sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Penyedia permainan dalam talian memaklumkan individu berusia di bawah 18 tahun hanya dibenarkan bermain online game selama satu jam pada setiap hari Jumaat, hujung minggu dan cuti persekolahan.

Lapor BBC, The National Press and Publication Administration memberitahu agensi berita Xinhua, permainan itu hanya dibenarkan dari pukul 8 hingga 9 malam.

Syarikat penyedia permainan turut diarahkan untuk tidak membenarkan kanak-kanak bermain di luar waktu itu.

Pemeriksaan terhadap syarikat penyedia permainan itu akan ditingkatkan bagi memantau sama ada mereka mematuhi masa ditetapkan.

Peraturan sebelum ini mengehadkan tempoh masa kepada kanak-kanak selama 90 minit setiap hari, meningkat kepada tiga jam semasa musim cuti persekolahan.

Langkah itu bagi mengatasi kebimbangan masyarakat mengenai kesan berbahaya kepada golongan tersebut.

Awal bulan lalu, media melaporkan permainan dalam talian ibarat ketagihan ‘candu’.

Sebuah artikel yang disiarkan oleh Economic Information Daily mendedahkan kebanyakan golongan remaja menjadi ketagih dengan permainan video dan mempunyai kesan negatif kepada kehidupan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN