Britain tawar vaksin kepada remaja 16 dan 17 tahun - Utusan Malaysia

Britain tawar vaksin kepada remaja 16 dan 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain akan menawarkan dos pertama vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech kepada semua remaja yang berusia 16 dan 17 tahun di negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh penasihat program vaksinasi dalam usaha memperluaskan kelayakan vaksin kepada golongan tersebut.

Menurut Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI), pihaknya sedang mengemas kini nasihat awal diberikan bulan lalu selaras dengan perubahan penyebaran virus dalam kalangan lebih muda dan data keselamatan terkini.

“Selepas mempertimbangkan data terkini dengan teliti, kami menasihatkan remaja berusia 16 dan 17 tahun yang sihat ditawarkan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech. Pemberian dos kedua akan dimaklumkan kemudian.

“Covid-19 biasanya ringan atau asimptomatik bagi kebanyakan golongan muda namun ia mungkin tidak menyenangkan untuk kumpulan umur tertentu.

“Jadi, kami mengharapkan vaksin ini dapat memberikan perlindungan baik untuk kepada mereka,” kata Pengerusi JCVI, Wei Shen Lim.

Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid berkata, beliau bersetuju dengan nasihat berkenaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya