Bill Gates sumbang dana kaji ubat kontraseptif untuk lelaki - Utusan Malaysia

Bill Gates sumbang dana kaji ubat kontraseptif untuk lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Yayasan Bill & Melinda Gates dilaporkan menyumbang sejumlah dana terhadap penyelidikan yang mengkaji ubat kontraseptif untuk golongan lelaki.

Para saintis di Universiti Dundee diberikan dana berjumlah 1.2 juta pound (RM7.04 juta) oleh yayasan tersebut untuk digunakan dalam tempoh dua tahun akan datang bagi mengenal pasti kaedah menghasilkan ubatan kontraseptif pertama yang berkesan serta selamat untuk lelaki.

Ubat kontraseptif untuk golongan lelaki tidak pernah dihasilkan selain kondom.

Pakar perubatan di universiti tersebut, Chris Barratt berkata, satu-satunya alat yang digunakan untuk mencegah kehamilan terhadap wanita oleh lelaki adalah kondom.

“Situasi ini secara tidak langsung menjadikan wanita lebih terbeban untuk mencegah kehamilan berbanding lelaki kerana mereka hanya mempunyai kondom sebagai alat pencegahan.

“Golongan wanita pula mempunyai lebih banyak pilihan untuk mencegah kehamilan termasuk menggunakan pil perancang,” katanya.

Sehubungan itu, Barratt berharap dana yang disumbangkan boleh mencari kaedah penghasilan ubat kontraseptif lelaki yang terbaik.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya