AS mula siasat sistem mod pandu sendiri Tesla - Utusan Malaysia

AS mula siasat sistem mod pandu sendiri Tesla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Agensi Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab atas keselamatan jalan raya dilaporkan memulakan siasatan terhadap sistem mod pandu sendiri kereta Tesla.

Lapor BBC, Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan siasatan itu diadakan berikutan 11 kes kemalangan Tesla yang membabitkan kenderaan kecemasan sejak 2018.

Jelas NHTSA, dalam beberapa insiden, kereta Tesla merempuh secara langsung terhadap kenderaan responden pertama.

Menurut agensi itu, siasatan tersebut akan merangkumi kira-kira 756,000 buah kereta Tesla yang dibina sejak tahun 2014.

Tambah NHTSA, siasatan terhadap kereta Tesla itu akan membabitkan jenis model Y, X, S dan 3.

NHTSA memaklumkan pihaknya akan memulakan siasatan awal terhadap teknologi dan kaedah yang diguna pakai untuk memantau dan membantu pemandu sambil menggunakan sistem mod pandu sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya