Arab Saudi mula terima jemaah umrah luar negara - Utusan Malaysia

Arab Saudi mula terima jemaah umrah luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mula menerima kehadiran jemaah umrah dari negara luar yang sudah divaksin untuk mengunjungi Masjidil Haram.

Pembukaan semula itu selepas 18 bulan tanah suci ditutup selepas penutupan pintu sempadan negara akibat pandemik Covid-19.

Saudi Press Agency berkata, pihak berkuasa kementerian bertanggungjawab mengaturkan kemasukan jemaah luar negara bermula esok.

Semua jemaah luar perlu menerima vaksin yang hanya diiktiraf oleh Arab Saudi dan bersetuju menjalani kuarantin.

Riyadh terpaksa melabur berbilion dolar bagi memulihkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk.

Usaha itu merupakan sebahagian daripada langkah mempelbagaikan sumber ekonomi dan mengelakkan kebergantungan terhadap sumber minyak.

Serangan virus maut itu menyebabkan ibadah haji dan umrah tergendala seketika yang merupakan punca keuntungan utama bagi Arab Saudi.

Dalam waktu biasa, kerajaan Arab Saudi mampu menjana keuntungan sebanyak AS$12 bilion (RM60 bilion) setahun.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN