Arab Saudi kenakan denda terhadap pengembara dari negara terjejas Covid-19 - Utusan Malaysia

Arab Saudi kenakan denda terhadap pengembara dari negara terjejas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Denda sebanyak SR500,000 (RM563,542) akan dikenakan terhadap pengembara yang memasuki Arab Saudi dari mana-mana negara terjejas akibat Covid-19.

Denda itu dikenakan sebagai melanggar peraturan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negara ini.

Menurut Pejabat Pendakwa Raya Arab Saudi dalam kenyataan, pengembara yang tiba dengan penerbangan antarabangsa, syarikat penerbangan serta pengendali perjalanan bertanggungjawab mendedahkan butiran perjalanan lengkap, termasuk sejarah perjalanan terdahulu.

Lapor Saudi Gazette, pihak berkenaan perlu mengisytiharkan sama ada pengembara yang masuk ke negara ini pernah mengunjungi negara yang terjejas teruk akibat Covid-19 atau berdepan dengan penularan varian berbahaya.

Jika gagal berbuat demikian, ketiga-tiga pihak berkenaan akan didenda mengikut nilai yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negara ini.

Sekiranya pelanggaran peraturan itu disertai dengan pelakuan jenayah, kes akan dirujuk kepada pendakwa raya sebelum dibawa ke mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya