RIYADH: Kementerian Sukan Arab Saudi semalam mengumumkan peminat bola sepak yang sudah menerima vaksinasi lengkap akan dibenarkan menonton perlawanan di stadium dengan kapasiti tidak melebihi 60 peratus.
Sebelum ini, kementerian menyatakan hanya 40 peratus penonton yang sudah divaksin boleh memasuki stadium.
Selain itu, kementerian juga menetapkan kemasukan ke stadium hanya dibenarkan untuk penonton berusia atas 12 tahun yang sudah menerima vaksin lengkap yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
Lapor Saudi Gazette, para penonton masih diingatkan supaya terus mematuhi protokol Covid-19 yang ditetapkan iaitu menjaga jarak dan mematuhi pelitup muka.
Kebenaran untuk peminat bola sepak memasuki stadium bermula selepas pasukan bola sepak negara ini mewakili pasukan Palestin untuk kelayakan Piala Asia 2023 dan Piala Dunia 2022 pada Mac lalu. – AGENSI