Angka korban banjir China meningkat 302 orang - Utusan Malaysia

Angka korban banjir China meningkat 302 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Jumlah kematian akibat banjir yang melanda tengah China pada bulan lalu meningkat kepada 302 orang dengan kira-kira 50 lagi hilang.

Bandar Zhengzhou di wilayah Henan paling teruk terjejas akibat banjir tersebut, menyaksikan 292 orang maut dan 47 lagi hilang.

Beberapa imej yang dikongsikan dalam media sosial di China sebelum ini menunjukkan stesen tren bawah tanah ditenggelami air sehingga paras leher orang dewasa.

Situasi itu menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang maut akibat lemas, selain puluhan kenderaan musnah dimasuki air.

Selain itu, seramai 39 orang ditemukan lemas di tempat letak kenderaan bawah tanah dan enam lagi maut di dalam terowong.

Hujan lebat yang melanda bandar itu sejak 17 Julai lalu menyebabkan 13 juta penduduk terjejas, memusnahkan hampir 9,000 kediaman dan melumpuhkan ekonomi Henan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya