Ahli perniagaan kaut untung ratusan juta, jual tangki oksigen palsu - Utusan Malaysia

Ahli perniagaan kaut untung ratusan juta, jual tangki oksigen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang ahli perniagaan tergamak menjual tangki oksigen palsu sehingga mengaut keuntungan 468 juta rupiah (RM137,885).

Lapor Tribunnews, ahli perniagaan berusia 52 tahun itu mengubah suai alat pemadam api supaya kelihatan seperti silinder oksigen sehingga berjaya mengaburi mata pembeli.

Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Polis Jatim, Farman berkata, seramai 50 mangsa terpedaya dengan modus operandi tersebut.

Katanya, pelbagai kaedah digunakan untuk mengubah suai tangki oksigen seperti mengubah warna cat tong tersebut, menghias permukaan tabung dengan pelekat oksigen serta mengukir tulisan pada alat tersebut.

“Pelaku menjalankan perniagaan haram itu sejak Jun lalu dan memperoleh keuntungan sekitar satu hingga tiga juta rupiah bagi setiap tong oksigen,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN