Afghanistan terus bergolak, Taliban enggan berundur - Utusan Malaysia

Afghanistan terus bergolak, Taliban enggan berundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Tiga wilayah di selatan dan barat Afghanistan berdepan dengan situasi keselamatan yang ‘kritikal’ selepas berlaku pertempuran antara tentera negara ini dengan kumpulan Taliban.

Kumpulan militan itu kini cuba merampas bandar utama di setiap wilayah dan setakat ini sudah pun menguasai sebahagian daripada daerah Afghanistan.

Berikutan ketegangan yang tercetus, Rusia akan menambah 800 lagi anggota tentera bagi menjalani latihan ketenteraan di sempadan Afghanistan, selain menggunakan dua kali ganda jumlah aset latihan berbanding yang dirancang sebelum ini.

Latihan ketenteraan yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 10 Ogos itu turut melibatkan pasukan tentera dari Uzbekistan dan Tajikistan.

Rusia memaklumkan, seramai 1,800 anggota tenteranya akan menyertai latihan ketenteraan tersebut selepas keadaan di Afghanistan semakin teruk berikutan pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) secara berperingkat.

Selain itu, jurucakap tentera Afghanistan, Ajmal Omar Shinwari berkata, keadaan semakin serius di bandar Lashkar Gah, wilayah Helmand yang menyaksikan tentera negara ini bercadang untuk memintas Taliban dan melancarkan serangan.

Pihak berkuasa Helmand pula memaklumkan Taliban meningkatkan kehadiran anggotanya di Lashkar Gah semalam dan kumpulan militan itu sudah menguasai tujuh daerah di bandar berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya