80 penduduk Israel ceroboh Masjid al-Aqsa - Utusan Malaysia

80 penduduk Israel ceroboh Masjid al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Berpuluh-puluh penduduk israel menceroboh pekarangan Masjid AL-Aqsa, awal pagi ini.

Lapor Quds Network, kumpulan penduduk seramai 80 orang yang diiringi tentera itu memasuki kawasan masjid dari Pintu Damascus.

Rakyat Palestin menggelarkan pintu itu sebagai Bab al-Amoud.

Mereka bukan sahaja menceroboh kawasan suci bagi umat Islam bahkan melakukan provokasi terhadap rakyat Palestin di kawasan pekarangan dengan mengerjakan amalan Talmudic.

Sumber tempatan turut memberitahu, pihak tentera menangkap lelaki Palestin yang berada di pekarangan itu.

Tentera Israel membenarkan penduduk negara haram itu memasuki kawasan masjid sejak 2003, walaupun mendapat bantahan serta amaran daripada pihak berkuasa agama Palestin.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN