41 maut, trak bertembung bas penumpang di Mali - Utusan Malaysia

41 maut, trak bertembung bas penumpang di Mali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAMAKO: Seramai 41 orang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di selatan-tengah Mali apabila sebuah trak yang membawa muatan barang dan pekerja bertembung dengan bas penumpang.

Kementerian Pengangkutan mengesahkan kejadian tersebut.

Stesen televisyen tempatan ORTM melaporkan pemandu trak itu hilang kawalan selepas tayar pecah lalu kenderaan tersebut terbabas ke laluan bas.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 20 kilometer (km) dari pekan Segou.

Beberapa gambar dan rakaman video yang dikongsi di laman media sosial menunjukkan bahagian depan bas musnah dan serpihan kaca tingkap tersebar di jalan raya.

Menurut seorang jurucakap dari Kementerian Pengangkutan, Mohamedoune Ould Mamouni, seramai 33 orang mengalami kecederaan dalam insiden tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya