3 maut menunggu di luar Lapangan Terbang Kabul - Utusan Malaysia

3 maut menunggu di luar Lapangan Terbang Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Seramai tiga rakyat Afghanistan maut semasa menunggu di luar kawasan Lapangan Terbang Kabul di bawah cahaya matahari yang panas terik.

Rakaman imej dari Britain Sky News menunjukkan pihak tentera menutup mayat tersebut dengan kain kanvas semasa ribuan penduduk terdesak meninggalkan negara itu selepas Taliban mengambil alih pentadbiran.

Bagaimanapun, punca kematian sebenar mangsa belum disahkan.

Petugas perubatan bergegas membawa mangsa yang meninggal dunia dan beberapa individu lain turut mengalami kecederaan.

Orang ramai dipercayai mengalami dehidrasi dan ketakutan sehingga pihak tentera menghalakan hos air bagi menggunakan apa sahaja cara untuk menyejukkan orang ramai.

Lapangan terbang itu menjadi pilihan terakhir ribuan penduduk Afghanistan untuk mendapatkan penerbangan pemindahan walaupun terpaksa menunggu selama berjam-jam dan berhari-hari dalam cuaca panas.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN