20 maut lori tangki minyak meletup di Lubnan - Utusan Malaysia

20 maut lori tangki minyak meletup di Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila sebuah trak yang membawa bahan bakar meletup di wilayah Akkar, utara Lubnan.

Beberapa video dan imej yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan api menjulang tinggi di lokasi kejadian.

Punca letupan sehingga kini belum dikenal pasti.

Palang Merah Lubnan memamklumkan, pihaknya sudah memindahkan 20 mayat dan lebih tujuh cedera dalam insiden letupan membabitkan lori tangki minyak di Akkar.

Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan Twitter.

Pasuka tentera Lubnan semalam memberitahu, pihaknya merampas ribuan liter gasolin dan diesel. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN