17 tahanan Palestin mogok lapar di penjara - Utusan Malaysia

17 tahanan Palestin mogok lapar di penjara

PASUKAN keselamatan Israel menahan penduduk Palestin di Baitulmuqaddis pada April lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Kesatuan Banduan Palestin (PPS) memaklumkan seramai 17 tahanan Palestin di penjara Israel mengadakan mogok lapar.

PPS dalam kenyataan memaklumkan rakyat Palestin mengadakan mogok lapar itu kerana membantah penahanan yang tidak adil serta tidak dibicarakan di mahkamah.

Hanya 14 tahanan mengadakan mogok lapar sebelum jumlah itu bertambah kepada 17 orang dan kesihatan mereka dilaporkan semakin merosot.

Terdapat seorang tahanan yang sanggup berlapar dan tidak makan selama 21 hari.

Seramai 40 tahanan Palestin mengadakan mogok lapar sejak awal tahun lalu sebagai protes terhadap tindakan Israel yang tidak mengikut lunas undang-undang.

Penahanan pentadbiran adalah melanggar undang-undang antarabangsa, namun, Israel tetap menggunakannya untuk menindas rakyat Palestin.

Mereka ditahan selama beberapa bulan dan tahun tanpa sebarang pertuduhan dikenakan mahupun mendedahkan bukti yang didakwa terhadap mereka atau peguam. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN