fbpx

19 September 2021, 6:22 am

  TERKINI

16 maut dalam serangan di timur Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMA: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam satu serangan di timur Republik Demokratik Congo yang dilanda konflik.

Menurut sumber tentera dan penduduk tempatan, serangan itu dipercayai angkara anggota militan.

Penduduk tempatan memberitahu, mangsa serangan termasuk dua wanita telah ditahan sebagai tebusan beberapa minggu lalu oleh anggota militan kumpulan Pasukan Bersekutu Demokratik (ADF).

Pegawai tempatan Dieudonne Malangai berkata, tebusan tersebut maut ditikam dalam serangan itu yang berlaku di lebuh raya utama berhampiran Idohu di wilayah Ituri.

Gabenor tentera Ituri, Johnny Luboya Nkashama mengecam insiden pembunuhan itu.

“Kami akan memperkukuhkan kuasa di rantau ini,” katanya yang berada di Komanda, kira-kira 40 kilometer (km) dari lokasi kejadian. – AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN