12 maut akibat wabak kolera di Niger - Utusan Malaysia

12 maut akibat wabak kolera di Niger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY: Wabak kolera di selatan Niger mengakibatkan 12 orang maut dan menjangkiti 201 yang lain di tiga wilayah.

Menteri Kesihatan, Idi Illiassou Mainassara berkata, hujan lebat di kawasan itu juga memburukkan lagi penyebaran penyakit tersebut.

Dilaporkan, Nigeria juga mengalami wabak kolera sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 653 penduduk di 22 daripada 36 wilayah sejak Mac lalu.

Pihak berkuasa kesihatan di Niger percaya wabak di kedua-dua negara itu mempunyai kaitan.

“Sebahagian besar kes berkaitan dengan wabak selama beberapa bulan di kawasan yang mana terdapat campuran populasi rentas sempadan yang ketara,” kata Mainassara dalam kenyataan.

Jelasnya, wabak kolera sebelum ini di Niger berlaku di wilayah yang sama pada tahun 2018.

Sempadan Niger dengan Nigeria merupakan lokasi panas bagi wabak kolera yang mana penduduknya sering bergerak bebas antara kedua-dua negara dengan sekatan yang minimum. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya