110 pendatang diselamatkan di perairan Libya - Utusan Malaysia

110 pendatang diselamatkan di perairan Libya

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIPOLI: Tentera Laut Libya memaklumkan pasukan pengawal pantai berjaya menyelamatkan seramai 110 pendatang tanpa izin di luar pesisir pantai barat negara itu.

Lapor Xinhua, kumpulan pendatang yang diselamatkan itu terdiri daripada pelbagai warganegara.

Malah, pendatang tanpa izin itu merangkumi seorang wanita yang melahirkan anak di bot.

Pendatang itu dibawa ke Pangkalan Tentera Laut Tripoli dan kemudian telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

“Sebagai sebahagian peranan kemanusiaan, Jabatan Imigresen akan menjaga kumpulan pendatang itu.

“Mereka juga akan menguruskan proses menghantar pulang pendatang ke negara asal masing-masing dengan selamat,” jelas Tentera Laut Libya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya