10 sekeluarga maut di Kabul akibat serangan dron tentera AS - Utusan Malaysia

10 sekeluarga maut di Kabul akibat serangan dron tentera AS

ANGGOTA Taliban memeriksa bangkai kereta yang musnah selepas beberapa serangan roket dilancarkan di Kabul, Afghanistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Serangan dron tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan suspek pengebom bunuh diri di sini menyebabkan 10 sekeluarga yang merupakan penduduk awam maut, termasuk enam kanak-kanak.

Kesemua penduduk itu maut selepas sebuah kereta yang diparkir di depan rumah mereka meletup akibat serangan dron tentera AS.

Tentera AS memaklumkan, kenderaan itu menjadi sasaran selepas mereka mendapat maklumat suspek pengebom bunuh diri berada di dalamnya.

Mangsa paling muda yang terbunuh dalam insiden itu adalah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dikenali sebagai Sumaya,

Seorang ahli keluarga, Ramin Yousofi berkata, serangan itu sangat kejam dan tidak seharusnya berlaku, selain dilancarkan berdasarkan maklumat salah.

Sementara itu, ketenteraan AS akan menyiasat mengenai laporan tersebut dan menyatakan mereka tidak pasti bagaimana 10 sekeluarga itu maut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.