WHO cadang rutin ujian PCR di sekolah, elak penutupan berterusan - Utusan Malaysia

WHO cadang rutin ujian PCR di sekolah, elak penutupan berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mencadangkan supaya ujian saringan Covid-19 dilakukan di sekolah secara rutin, biarpun tiada yang merekodkan kes jangkitan.

Langkah itu dilihat sebagai usaha menjamin sistem pendidikan yang lancar dan efisien.

Ujian saringan di sekolah sebelum ini hanya dilakukan sekiranya muncul kluster jangkitan koronavirus yang sudah dikenal pasti, namun WHO percaya ujian Reverse Transcriptase-​Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) perlu dilakukan terhadap pelajar dan guru biarpun tiada kes jangkitan direkodkan.

Pengarah WHO bagi Eropah, Hans Kluge berkata, penutupan sekolah akibat pandemik Covid-19 secara jelas memberi kesan teruk kepada sistem pendidikan, sosial dan kesihatan mental para pelajar.

“Kita tidak boleh benarkan pandemik Covid-19 ‘merompak’ pendidikan dan pembangunan kanak-kanak.

“Ujian saringan di sekolah boleh membantu pengurangan kadar jangkitan dan mengelak daripada sekolah terus ditutup pada masa akan datang,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya