Wartawan dirakam menipu kononnya bantu penduduk bersihkan kawasan banjir - Utusan Malaysia

Wartawan dirakam menipu kononnya bantu penduduk bersihkan kawasan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seorang wartawan penyiaran untuk stesen televisyen RTL digantung tugas selepas didapati menipu kononnya dia membersihkan kawasan yang dilanda banjir bersama penduduk.

Ketika membuat liputan mengenai bencana banjir yang melanda Eropah baru-baru ini, Susanna Ohlen, 39, memaklumkan dirinya membantu penduduk setempat membersihkan sisa banjir.

Namun, video yang menunjukkan dia ‘menyapu lumpur di muka dan bajunya’ sebelum bersiaran menyebabkan wartawan itu dikecam teruk.

Video tersebut dipercayai dirakam oleh penduduk setempat yang menyedari kehadiran kru televisyen RTL dan Ohlen.

Terkesan dengan perkara itu, stesen televisyen tersebut membuat keputusan menarik semula laporan berita yang dibuat Ohlen dan memberinya teguran.

“Secara jelas wartawan kami melanggar etika kewartawanan dan polisi RTL sendiri.

“Sehubungan itu, Ohlen akan digantung tugas buat sementara waktu,” jelas stesen penyiaran tersebut.

Dalam pada itu, Ohlenmenerusi Instagramnya memohon maaf atas kesilapan tersebut.

“Saya berasa malu untuk bersiaran sambil memakai baju bersih sedangkan ramai penduduk sedang memberishkann kawasan sekitar.

“Disebabkan itu, saya sapu sedikit lumpur pada muka dan baju untuk sesuaikan dengan keadaan.

“Saya tahu perbuatan itu salah dan saya mohon maaf kepada semua,” ujarnya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya