Wanita hamil kritikal disambar api ketika bakar sampah - Utusan Malaysia

Wanita hamil kritikal disambar api ketika bakar sampah

SEORANG wanita terbakar dan melecur 70 peratus badannya selepas disambar api ketika bakar sampah di Bekasi, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang wanita hamil kritikal selepas hampir 70 peratus badannya melecur selepas disambar api ketika ingin bakar sampah di rumahnya.

Lapor Suara.com, kejadian itu berlaku di Kedungwaringin di Bekasi, Jawa Barat pada Rabu lalu.

Sebelum itu, suami mangsa membeli minyak tanah di sebuah kedai runcit berhampiran rumah mereka dan mangsa ingin membakar sampah di luar rumahnya.

Namun, dia gagal menghidupkan api dan selepas suaminya pulang, mangsa mengambil botol berisi minyak tanah dari motosikal suaminya dan mencurahkannya ke atas sampah.

“Api terus menyambar mangsa ketika dia menyalakan api menyebabkan badannya terbakar.

“Suami mangsa yang melihat kejadian itu segera menarik isterinya ke paip dan menyiramnya dengan air,” kata Ketua Polis kedungwaringin, Bambang Tri Mulyo.

Kemudian, wanita itu dikejarkan ke hospital dan 70 peratus badannya melecur dengan keadaannya dilaporkan kritikal, manakala suaminya cedera pada tangan serta kaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya