Wanita cuba bogelkan kekasih gara-gara enggan belanja baju dan kasut - Utusan Malaysia

Wanita cuba bogelkan kekasih gara-gara enggan belanja baju dan kasut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HEBEI: Video seorang wanita mengamuk di sebuah pusat beli-belah di sini gara-gara teman lelakinya enggan membelikan dia baju serta kasut menjadi tular dalam media sosial di China.

Video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok itu menunjukkan wanita tersebut pada mulanya bertengkar dengan kekasihnya sebelum keadaan bertukar ‘lebih parah’.

Menurut sumber, pasangan kekasih itu masuk ke sebuah butik pakaian dan wanita itu meminta kekasihnya membelikan dia sepasang baju dan juga kasut.

Namun, permintaan wanita itu ditolak kerana harga baju dan kasut itu terlalu mahal.

Berang dengan alasan tersebut wanita itu terus bertangkar dengan kekasihnya di depan orang ramai.

Sehingga satu saat, wanita itu bertindak di luar kawal dan memenarik baju kekasihnya sehingga separuh terbuka, selain cuba menanggalkan seluar lelaki itu.

Enggan melayan ‘perangai gila’ teman wanitanya, lelaki itu kemudiannya beredar meninggalkan kekasihnya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di pusat beli-belah Wanda Plaza di Shijiazhuang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya