Vaksin Covid-19 mRNA pertama Thailand sedia diguna tahun ini - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19 mRNA pertama Thailand sedia diguna tahun ini

VAKSIN Covid-19 keluaran Thailand boleh disimpan selama tiga bulan dalam suhu 2 hingga 8 darjah Celsius. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Universiti Chulalongkorn dijangka melengkapkan fasa pertama ujian terhadap manusia bagi vaksin Covid-19 keluarannya yang menggunakan teknologi mRNA dalam bulan ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam Senat, Dr. Chalermchai Boonyaleepun berkata, ujian tersebut diadakan pada bulan lalu terhadap dua kumpulan sukarelawan yang berusia 18 hingga 55 tahun dan 65 hingga 75 tahun.

Katanya, ujian itu menggunakan tiga saiz dos berbeza iaitu 10, 25 dan 50 mikrogram.

Sebagai perbandingan, tahap penggunaan dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dan Moderna adalah antara 30 dan 100 mikrogram.

“Vaksin Covid-19 keluaran Thailand boleh disimpan selama tiga bulan dalam suhu antara 2 hingga 8 darjah Celsius.

“Vaksin Pfizer dan Moderna hanya boleh disimpan selama sebulan atau beberapa minggu dalam suhu berkenaan,” katanya kepada Nation Thailand.

Beliau juga menjelaskan, pasukan penyelidik di universiti tersebut berusaha untuk meningkatkan tahap keberkesanan vaksin yang dihasilkan untuk menentang varian baharu.

“Vaksin mRNA keluaran Thailand itu dijadualkan boleh digunakan menjelang suku keempat tahun ini atau awal 2022.

“Manakala, versi kedua vaksin itu sedia digunakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan kemudian,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya