Tidak perlu buat ujian calitan, kuarantin selepas laksana haji  - Utusan Malaysia

Tidak perlu buat ujian calitan, kuarantin selepas laksana haji 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Jemaah yang baru pulang mengerjakan ibadah haji tidak perlu melakukan ujian calitan Covid-19 atau kuarantin kendiri.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Abdullah Asiri.

“Beberapa jemaah haji bertanyakan sama ada perlu melakukan ujian calitan Covid-19 atau kuarantin kendiri selepas pulang ke rumah. 

“Sejak semua jemaah dan petugas haji menerima vaksin, tiada keperluan melakukan pemeriksaan ataupun kuarantin melainkan mereka menunjukkan simptom Covid-19 dalam tempoh dua minggu pertama,” jelasnya.

Sementara itu, Abdullah berkata, sebanyak 92 peratus penduduk sudah menerima vaksin.  

“Tiga tujuan penting memujuk individu yang teragak-agak menerima suntikan vaksin Covid-19 adalah sokongan keluarga selepas ahli keluarga lain menerima vaksin.

“Kedua, tanggungjawab kepada negara dan masyarakat serta faktor ekonomi,” katanya.

Menurut laporan Yayasan Keluarga Kaiser bertajuk ‘Kawalan Vaksin’, terdapat tiga alasan utama individu yang menolak suntikan vaksin. 

“Takut dengan kesan sampingan, meragui kajian yang lengkap berkaitan vaksin serta mempercayai tiada keperluan melakukan suntikan vaksin,” ulasnya. 

Seramai 23.8 juta penduduk Arab Saudi sudah menerima suntikan vaksin termasuk 1.4 juta golongan dewasa. -ARABNEWS 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya