SYDNEY: Impian seorang lelaki untuk menyertai kumpulan gengster di Australia berakhir dengan tragedi apabila dia hampir maut berikutan syarat tidak masuk akal yang perlu dihadapinya.
Brodie McDougal disuruh memilih tiga syarat sebelum dibenarkan memasuki kumpulan gengster bermotosikal oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Callan Stuart Murray.
McDougal percaya Murray boleh membantunya menyertai kumpulan tersebut.
Antara tiga pilihan yang diberi oleh Murray untuk dipilih oleh McDougal termasuk dibakar dengan api, kesemua tulangnya dipatahkan atau kedua-dua kakinya dipotong.
Berdasarkan dokumen mahkamah, Murray mengajak McDougal pergi ke rumahnya di Mandurah, Perth pada 16 September 2019 sebelum memukul lelaki itu menggunakan kayu besbol.
Kemudian, Murray menuang petrol pada tubuh McDougal dan menyalakan api.
Serangan tidak berperikemanusiaan itu berlangsung selama tiga jam.
Selepas insiden itu, Murray ditahan polis dan dihadapkan ke mahkamah sebelum dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun.
Sementara itu, McDougal mengalami kecederaan serius akibat melecur dan dimasukkan ke hospital selama hampir sebulan.