Tentera Tigray memasuki wilayah Afar - Utusan Malaysia

Tentera Tigray memasuki wilayah Afar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADDIS ABABA: Pasukan tentera dari wilayah Tigray di utara Ethiopia dilaporkan melancarkan beberapa serangan di wilayah Afar.

Lapor Al Jazeera, tentera Tigray berjaya memasuki wilayah Afar pada Sabtu lalu.

Menurut jurucakap dari wilayah Afar, Ahmed Koloyta, sehingga semalam, tentera Afar dan militia sekutu masih bertempur dengan mereka.

“Kini tentera Ethiopia dalam perjalanan dan kami akan bekerjasama dengan mereka untuk menghapuskan pasukan tentera Tigray,” katanya.

Jurucakap tentera Tigray, Getachew Reda mengesahkan pertempuran itu berlaku di Afar pada hujung minggu lalu.

Pertempuran di Tigray menyaksikan ribuan orang maut setakat ini.

Kira-kira dua juta penduduk terpaksa melarikan diri dari rumah dan lebih lima juta orang bergantung pada bantuan makanan.

Pertempuran tercetus antara Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) dan pasukan tentera pada November tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.