Tentera Israel robohkan 11 rumah penduduk Palestin - Utusan Malaysia

Tentera Israel robohkan 11 rumah penduduk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Tentera Israel tanpa sekelumit rasa perikemanusiaan nekad merobohkan 11 perumahan penduduk di komuniti Bedouin di al-Qabbun, timur laut Ramallah.

Sumber tempatan memaklumkan tentera Israel mengiringi lori pengangkut barang ke perumahan penduduk, merobohkan 11 perumahan penduduk serta merampas traktor, tangki air dan sumber tenaga suria di kawasan itu.

Perobohan rumah serta penyitaan infrastruktur adalah sebahagian daripada realiti harian di kawasan itu sehingga memaksa ramai orang terpaksa tinggal di dalam gua dalam usaha memberikan jalan kepada pembinaan penempatan haram.

Terdapat hampir 700,000 penduduk haram Israel tinggal di 256 penempatan haram dan pos yang tersebar di Tebing Barat termasuk di Baitulmuqaddis Timur.

Penempatan Israel secara jelas adalah tidak sah berdasarkan undang-undang antarabangsa. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN